Wednesday 20 December 2017

SEBELUM TERLUPA.

sebelum aku terlupa,
apa yang aku mahu tinta.

ini tentang kehidupan,
kehidupan yang barangkali sering engkau keluhkan.

ayuh lihat pada diri,
benarkah kita tidak memiliki,
atau cuma tidak menyedari?

bukak cerita,
ada suatu hari aku berjalan sendiri,
tidaklah mengeluh,
cuma memikirkan hari-hari nanti.

terlupa,
ketika itu sedang memegang stereng kereta,
cuba teka, apa yang ingin aku cuba utara?
aku masih lagi anak ibu yang aduh sekejap sahaja terleka.
aku masih lagi punya harta.

mengisi bahan api, kahkah melayunya.
tiada kata secantik bahasa.
iya, mengisi petrol sahaja,
datang seorang hamba Allah membantu.
dan dia kurang upaya.

ee nanti sahajalah sambung ya?

Tuesday 22 August 2017

MUNGKIN.

mungkin ini kelebihan aku. 
jari dan hati bersatu.
gemar ya menulis ketika tidak mampu bersuara?
katakanlah, apa sahaja yang engkau mahu.
kerana ini hanya antara engkau dan aku.

usah menangis.
airmata itu bukan untuk sesiapa yang tiada harganya.
tatap dirimu.
apa lagi yang diperlukan?

kasih sayang.

sebagaimana engkau memberi,
seperti itulah engkau harus merasai.
namun seperti itu tiada yang nyata.
hanya yang ada di syurga sahaja.

tepuk dada tanya selera.
apa kata kita lupakan sahaja?
tentang semua rasa duka.

ketawalah.
kerana itu mungki  penawarnya.
ini aku,
yang selalu terlalu menyayangi semua.

Monday 24 April 2017

SAMAR RASANYA.

mahu aku ucapkan sesuatu?
nah, sejahtera keatas dirimu.

entah apa yang terpnggil untuk menaip lagi disini.
keliru atau tiada tempat mengadu?

andai kata ada yang menemui cerita ini,
maka tolonglah, simpan sahaja antara kita.
aku bukan siapa-siapa untuk dijaja jalan cerita hidupnya.

untuk seorang manusia biasa yang masih samar jalan hidupnya.
aku tercari-cari hala tuju.
kemanakah aku?

adakala, bukan adakala. selalunya.
selalunya aku terleka dengan dunia,
seperti yang kita tahu, banyak dugaannya walau sementara.

solat entah kemana, ketika leka dengan dunia.
tetapi ketika mampu, sedaya upaya tunaikannya.
inilah namanya samar samar sahaja.

apa tuhan terima solatku?
apa tuhan tunaikan permintaanku?
apa tuhan dengar doaku?

lalu hati menjawab, tuhan itu bukan sepertimu,

Ya Rahman, Ya Rahim.
benarlah, tetapi ini aku. yang berulangkali melakukan dosa dalam sedar.
berulangkali melakukan mungkar.

sambung nanti ya?

Saturday 25 February 2017

SEBAB SEDIH.

makanya hari ini tidak seperti sediakala.
sudahlah. sudahlah jadi manusia biasa.
cuma tahu memberi harapan, mempermain rasa.
kasihankanlah orang yang berharap separuh nyawa.

apa itu tidak mengapa?
apa? inginkan jawapan sebagaimana?
jawapan yang mementingkan diri atau jaga hati?
kalau mementingkan diri maka ini, aku tetap sama.
mahukannya seperti mana aku cerita.
tetapi ini dunia, dan aku manusia biasa.
jawapan yang hampir sama dengan semua.
tidak mengapa kalau itu yang diminta.

maka ini aku dengan air mata.
terima kasih manusia.
salam sayang semuanya.

aku, masih lagi tidak mengapa.

Tuesday 3 January 2017

KEGEMARAN.

ini memang kesukaan.
meluahkan semua yang ada tanpa ada sesiapa.

Allah.
penatnya, seperi kosong sahaja.
tapi apalah daya, nyawa masih bersisa,
tanggungjawab masih ada.

sebagai hamba,
bersujud kepada-Mu memohon segala,
kekuatan, semangat, sabar, serta bahagia,
mungkin belum masanya,
niatkan yang baik saja,
insya-Allah ada jawapannya aku kira.

sebagai anakanda,
yang cuma ada bonda sahaja,
lalu aku mengikuti segala,
tuntutlah ilmu selagi mampu,
terimakasih wahai si ibu,
benarlah, dihati ibulah ratu.

sebagai adinda,
aku memikirkan semua,
apa semua hati harus aku jaga sebagaimana aku menjaga hatiku,
apa benar jalanku,
tidak mengapa,
asal sama rata sayangnya,

sebagai kakanda,
akulah penghibur jiwa kiranya,
berkongsi cerita supaya semua ketawa.

akulah sahabat itu,
tidaklah sempurna,
namun mahukan terbaik untukmu,
berkongsi rahsia aku masih lagi bernyawa,
andai kata, andai kata,
aku lagi hina,
bawa bersama aku ke syurga ya.

aku.
tiada sesiapa.




PENAWARNYA.

pernah aku ceitakan sakitnya bagaimana?
pernah aku detikkan perih yang ada?

begini,
bila kau harus berperang dengan perasaan sendiri,
bila kau menulis tanpa ada rasa,
bila kau mengangguk sorokkan air mata.

aku ketawa tapi ingin menangis?
biasa, itu orang biasa.

ini aku,
yang setiap masa menahan sebak,
yang entah kenapa alasannya.

ini aku,
yang inginnya sendiri,
melihat gelagat manusia sekeliling.

ini aku,
tersenyum melihat si anak syurga bersama si bapa,
itulah kemungkinan bahagia namanya.

ini aku,
yang kadangkala berkata,
aku penat sebenarnya.

ini aku,
yang rasanya cukup segala,
tapi masih lagi satu kosongnya.

tiada apa yang aku jumpa,
selain mengadu pada si Dia.

percayalah,
itulah penawar sebenar-benarnya.

sehingga kini aku masih lagi bernyawa,
atas nama Dia,

 
anis's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template