Monday 19 December 2016

TIDAK MENGAPA.

entahla, saat ini aku kelu,
fikiran membeku, apa yang harus aku tinta?

ini,
ini yang aku ghairahkan sebenarnya,
ini diri aku tanpa sesiapa,
mungkin darah si bapa mengalir dalam saraf segala,
darah yang selalu meluah dalam penulisannya,
sunyi tanpa bicara,
agar orang tidak terlihat luka yang ada,
agar orang nampak penyamarannya,
aku gembira dihadapan semua,
yang pada hakikatnya, aku sedang cuba.
sembunyikan semua.

aku,
cuma budak biasa,
yang kononya cuba menjaga hati semua,
agar kelihatan sempurna.

lupa,
aku juga manusia biasa,
ada hati, ada rasa, serta jiwa.

kasihan diri,
mengapa jadinya sebegini?
keliru antara khayalan dan nyata,
realiti dunia entah kemana.

kasihan.
tetapi aku tidak mengapa,
asalkan yang lain bahagia saja.

yang lama aku cuba hapus semua,
maaf, masih tidak mahir menyusun kata,
berpada-pada sahaja,
agar tiada keterlaluan pada bahasa,
aku budak mentah,
masih merangkak tercari-cari yang mana hala tuju.
bimbinglah aku,
supaya aku tahu aku sama seperti kamu.

0 comments:

Post a Comment

 
anis's Blogger Template by Ipietoon Blogger Template